Friday, 7 February 2014

Rezeki dari ALLAH

Assalamualaikum wbt

Pagi Jumaat yang sentiasa ditunggu..
Dalam seminggu ada 7 hari dan dalam 7 hari aku cuma dapat 2 hari untuk menjadi The Real Wife in the world.. Selebihnya 5 hari aku adalah Isteri Jarak Jauh ( IJJ ).. Walaupun berjauhan alhamdulillah syukur kami bahagia.. 

Aku percaya dan yakin dengan rezeki Allah..
Mungin dulu ketika bergelar pelajar aku jahil dan kurang sedar dengan rezeki dari Allah.. Tapi kini sejak aku mampu mencari rezeki sendiri aku sedar dengan kurniaan Allah swt.. Aku mula bekerja di Syarikat pengeluar Serai Wangi dan Susu Kambing pada September 2011 hingga Februari 2012. Kemudian aku menganggur selama 2 bulan atas tanggungan teman lelaki ku (kini suami).. Pada Mei 2012 aku diterima bekerja di sebuah Syarikat Pembinaan Rumah.. Pada ketika itu kewangan aku hanya cukup-cukup untuk hidup bujang di bumi Melaka.. Ketika itu, teman lelaki ku ada menyebut yang kami akan bertunang sekiranya aku dapat pekerjaan yang lebih stabil.. Rezeki Allah aku diterima bekerja di sebuah Syarikat Penyelenggaraan Jalan yang agak terkenal di Melaka.. Selepas itu kami bertunang pada 10.11.12 dan kami mula rungsing memikirkan sumber kewangan untuk kami berkahwin.. Ketika pertunangan perjanjian yang dibuat adalah 2 tahun kerana kami tiada simpanan pada ketika itu.. Kami berusaha juga menyimpan kerana niat kami baik.. Kami sudah lama berkawan dan kalau boleh kami taknak bertunang lama.. dalam masa yang sama aku tetap berusaha mencari pekerjaan lain yang lebih kukuh.. Sekali lagi Alhamdulillah Syukur... Aku diterima untuk bekerja di Sebuah Organisasi yang terkenal di Malaysia dan Hanya 1 Didunia.. Januari 2013 aku mula melapor diri dan dari itu rezeki kami alhamdulillah bertambah dan semakin bertambah sehingga la kami bernikah pada 1.11.13.. Dari perjanjian 2 tahun menjadi 1 tahun.. 10 bulan kami menyimpan dengan penuh disiplin dan perkahwinan yang kami hajati tertunai akhirnya.. Selepas perkahwinan kami berusaha untuk membina keluarga yang lebih stabil.. Di awal perkahwinan setiap pasangan sentiasa menunggu khabar gembira.. mungkin belum rezeki kami tapi kami takkan putus asa.. Dengan sedikit kesedihan kami diberi rezeki lain.. Syukur Ya Allah.. Suami ku mendapat tawaran kenaikan gred yang setaraf dengan kelulusannya.. Alhamdulillah... Mungkin itu rezeki yang tertulis buat kami ketika ini.. Sujud Syukur padamu YA ALLAH... Aku percaya dan yakin dengan rezeki Allah..

Tak sabar nak jumpa masterji... Seperti biasa setiap jumaat dia akan balik jumpa isterinya yang chomel ni.. hihihi



- Mrs Akmal -